MALAYSIAN HOLIDAY HOME LONDON (MHH).Mhh adalah pilihan bijak anda sekeluarga untuk penginapan sepanjang percutian di London seolah-olah berada di rumah sendiri - itulah kata-kata aluan yang dipaparkan pada blog berkenaan. Lokasinya terletak di Park Avenue North, Willesden, London NW10 1JY (Zone 2).
Setibanya kami di St. Pancres International Station, terus ke tube station untuk ke destinasi berikutnya iaitu Willesden Green. Apa pun, pakat tengok map dulu ler.... cara nak ambil tube mana, kat station mana....
Alhamdulillah, berkat maufakat kami anak beranak (6 orang semuanya), selamat sampai di Willesden Green Station. Kat bawah ni adalah sebahagian scene di sekitar Willesden Green Station.
Pn. Rositah Noor datang menjemput kami dengan kenderaan MPV beliau dan sebuah lagi kereta yang dipandu oleh suami beliau. Maklumlah, kami berenam, beg pula 6 juga. Besar-besar pula tu. Belum masuk beg galas kat belakang masing-masing. Puratanya, 2 beg seorang.
Aizat sibongsuku, terus lepak sambil menonton TV. Kepenatanlah tu. Mana taknya, bawa beg galas kat belakang hampir 25 kilo, beg aku pula hampir 30 kilo. Semuanya ini di urus oleh Aizat. Dia kesian tengok Emaknya.... Perjalanan kami bermula dari Paris lagi, yang terkenal naik tangga turun tangga, tukar train. Paris sangat kurang 'tangga bergerak'. Berpeloh dibuatnya.
Izyan juga kepenatan, terus tumbang kat katil di bilik Mawar. Selesa. Bagai menginap dirumah sendiri.
Keesokan hari, semuanya berwajah ceria. Almaklumlah, paginya jumpa nasi lemak setelah lima hari tak jumpa masakan Malaysia. Sempat pula anak dara ku yang dua ni berposing on the way to London City. Penginapan MHH sewanya termasuk 'Breakfast'. Pagi pertama Pn. Sitah Noor jamu kami dengan Nasi lemak, hari kedua pula Mee Hoon goreng, hari ketiga Roti Canai dan hari keempat Mee goreng dengan roti sandwich salomon.
Aizat juga tidak ketinggalan berposing dengan scene sekitar penginapan kami di MHH.
Memang seronok bercuti di London. Bagaikan di Malaysia. Setiap hari kami 'dinner' dengan masakan melayu yang di masak oleh Pn. Sitah Noor. Sedap masakannya. Beliau dan suami pernah buka restoran melayu di pinggir London. Kami memang 'request' untuk makan di penginapan MHH dengan kadar bayaran 5 pound seorang (untuk 'dinner' sahaja). Berbaloiiiiiiii... sedap dan puas makan tau. Menu hari pertama, Nasi putih, gulai ikan campur tomato, ayam goreng ala KFC, sayur goreng dan air masak atau bebas memilih untuk minuman teh panas. Hari kedua pula ialah nasi ayam. Hari ketiga Nasi putih, sup daging, ikan bakar dan air asam, sayur goreng.
Bergambar kenangan dengan Pn. Rositah Noor, tetamu yang juga menginap di penginapan MHH iaitu Edna dan Alia.
Pasangan suami isteri yang bahagia walaupun hidup di perantauan, jauh dari kampung halaman dan sanak saudara.Terima kasih wahai Rositah atas susah payah membantu kami. Walaupun kami menyewa tetapi layanan mesra, perihati dan timbangrasa tu sangat-sangatlah kami hargai. Rositah melayani kami seolah-olah sebahagian dari keluarga Rositah sendiri.
Kak Nun tak akan lupa akan kemesraan sewaktu bersama Rositah sekeluarga tempoh hari. InsyaAllah, jika diizin Allah SWT, ada rezeki dan umur yang panjang, Kak Nun akan melancung ke negara-negara lain di Europe dan akan menjadikan MHH sebagai transit. Doa Kak Nun semoga Rositah sekeluarga berjaya di rantau orang.