Selasa, 23 Ogos 2016

Family Holiday - KLIA to Bristol

FAMILY HOLIDAY 2016
(MekNun just memaparkan cerita secara draf, ada masa, meknun akan edit ayat dan sebagainya)

18 April 2016, MekNun, suami, Nurul (anak sulung), Izyan (anak nombor 3), Khairul (menantu/suami Izyan), dan Haris Amirul (cucu/anak Izyan dan Khairul) berlepas ke England dengan MH004 untuk percutian kami selama sebulan.  Manakala Aizat berlepas pada 20 April 2016 memandangkan beliau tak dapat cuti lebih dari 2 minggu.

Bagasi kami ada 6 beg dan 5 kotak.  2 beg besar seberat 60 kilo merupakan segala mak nenek makanan.  Selebihnya adalah pakaian.  Ye lah... nak duduk sebulan....  Setiap orang bawa 'hand carry' yang berupa beg beroda bersize yang dibenarkan, dan sudah semestinya 'hand bag' pun ada.  'Baby Stroller' wajib bawa juga tau... 'baby stroller' boleh di bawa ke pesawat, sebelum memasuki pesawat, baby stroller ni kena lipat dan tinggal di depan pintu pesawat untuk di uruskan oleh 'crew' yang bertugas.  

Ini lah sebahagian bagasi kami

Kami dapat 'seat' di barisan 41 memandangkan kami mohon 'Basinet' untuk baby.  Kami lebih suka dan selesa dengan penerbangan MAS sejak berzaman lagi.  Dalam penerbangan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Dapat tidur dengan lena walaupun di 'kelas ekonomi'. Cucu yang berusia setahun enam bulan tak banyak ragam.  Senang nak urus segala ragamnya.


Suasana dalam penerbangan 

Walaupun kami berlepas pada 18 April, kami juga sampai di Heathrow pada petang 18 April.  Ini adalah kerana perbezaan masa 7 jam dengan Malaysia.  Sewaktu kami tiba, Amir belum sampai lagi di Airport.  Pada hari kami tiba, Amir kena buat presentation kepada 'Supervisor' beliau untuk 'progress report' .  Walaupun kepenatan dengan penerbangan 13 jam dan tidak termasuk 5 jam digunakan untuk kami sebelum berlepas dari rumah ke KLIA namun semua ahli keluarga nampak ceria.

Kami dah selamat mendarat di Heathrow... sedang 'Q' untuk 'check in' Imigresen.  Si kecil ni pun nak tolak beg juga.

Musim di England pada masa ini adalah Spring.  Tapi, rasa sejuk sempai ke tulang.  Kami selamat sampai di rumah yang baru Amir sewa dengan kereta sewa 9 seater.  Amir berpindah ke rumah yang berdekatan dengan Bristol City ni pada 1 April.


Suasana di rumah Amir.  Rumah satu bilik.  Manakala ruang tamu dan dapur adalah ruang yang sama

Sementara menunggu 23 April untuk kami 'menjelajah eropah', sempatlah kami jejalan ke Bristol City, membeli belah keperluan yang belum lengkap.  MekNun rembat sepasang 'boot' biasa berharga hampir 30£ dan sepasang 'snow boot' berharga 50£.  Dan... sempat lah 'memujuk' En. Suami sponsor 'winter jacket' dengan harga sale 63£.... kihkihkih... seronokkkkkk


  Nurul berposing semasa sesi jejalan di Bristol city

Pada petang 21 April, Aizat selamat tiba di Heathrow.  Macam biasalah... Amir jemput Aizat di temani oleh abahnya.

22 April tu, Aizat 'shooping' tambah pakaian sehelai dua di Primax (shooping complex yang menjadi kegemaran orang di Bristol).  Tapi, Aizat rasa sedikit ralat kerana tak jumpa cari 'snow jacket'.   Isyyyyy nampaknya semua orang cari 'snow jacket' dan 'snow boot'.... naper jer... nanti meknun cerita kemudian.

Sebelah petangnya, kami ke LONA Restorant di Gloucester Road untuk family dinner.  Restoran ini menyajikan makanan Lebonan.  Memang sedap.

Maka... bertemulah ahli keluarga kami seramai 10 orang


HARI LAHIR 2 JANUARI 2016

Potong kek 'Birthday' dengan cucu 


Family in the Absolute Thai Restorant iOi City Mall


Terima kasih pada anak menantu di atas 'Majlis' ini.  Mana Mohd Amiruddin... mana... mana... huwaaaaa... dah 2 kali birthday Mak, Amir tak ada.  Apa nak buat, Amir sedang berjuang demi masa depan Amir.  Selamat maju jaya anakandaku.