Khas buat seorang teman bernama ‘WANITA’ ... aku simpati dengan mu... mohon maaf, aku tidak berdaya membantu mu... hanya nukilan ini buat mengisi kedukaanmu. Semoga ada kebahagiaan menanti mu dihujung sana....
…… Bersujud seorang wanita pabila musnahnya cinta pertama. Merayu penuh sopan untuk dikembalikan semula cinta itu, bagai seorang pengemis dengan lagu yang mendayu dayu, minta simpati, minta dikasihi…. lalu…. Cintanya dimusnahkan lagi… makanya… menghitunglah hari-hari yang dilewati bersama sekeping sempoa dengan manik-manik airmata yang menggelangsar jatuh menjurai dipipi lembutnya umpama kekaca halus yang sekali sekala memancar kilauan…. bagai memujuk hati yang dilukai bahawa masih ada cahaya di ufuk sana… bahawa, usah jadi wanita lemah, jadilah wanita yang gagah berani.
Namun, hati wanitanya tetap bersujud lagi untuk memberi atau mengambil peluang kedua kali… cinta baginya adalah sesuatu yang indah… persis cinta Adam dan Hawa…., Sayang oh sungguh sayang….. cintanya dinodai lagi! amat tragis!..... Oh wanita… bangkitlah, berdirilah, Gunakan seluruh kekuatan yang ada, pada keyakinan… pada ketabahan dan semangat juang yang tinggi, bahawa… kamu tidak perlu cinta… kamu tidak perlu sujud… kamu tidak perlu itu semua….. Percayalah…. Kamu perlu fikirkan tentang diri kamu….. Sesungguhnya… cinta yang suci murni adalah cinta yang lahir dari hati yang tulus ikhlas… cinta yang senentiasa dihargai akan lahir kebahagian dan keindahan. Lantaran itu… apakah ‘dia’ tulus ikhlas mengemudi sebuah bahtera atas dasar cinta?
Wahai wanita… usah jadi pengemis cinta… wahai wanita… usah jadi hamba kepada makluk bernama lelaki yang tidak tahu menilai harga hati nurani seorang wanita… wahai wanita…. Usah jadi lemah kerana cinta dari lelaki yang tamak dengan nafsu duniawi!
dan.... kepada wanita lain... dampingilah lelaki yang boleh membimbing kamu ke jalan yang di redhai... membimbing kamu dunia dan akhirat... insyaAllah.... kamu akan selamat.'
Apapun.... AKU sentiasa disisi mu, menemani mu dalam apa jua keadaan. AKU tahu... kala kau lalui saat sukar mu, tiada siapa disisi... kecuali AKU. Percayalah.... AKU tetap bersamamu. AKU sayang kamu...