Dah Jadi YB pun....
Alamakkkk... pejam celik.. pejam celik... dah nak masuk 6 bulan aku jadi YB (Yang Bersara). aku masih dalam proses mengenal 'hati dan perasaan'.... tu dia... cam ayat artis pulak... tapi... aku tukar sikit jer tu... tak pakai lah ayat artis seratus peratus iaitu... 'dalam proses mengenal hati budi'... keh keh keh... yer lah... aku bukan artis... bukan diva pun.Aku mula bersara secara rasmi pada 2 Januari 2014. Bersara dengan umur 56 tahun. Cukup cukup lah... aku perlu rihat... rihat minda dan rihat segala galanya. Perlu masa untuk diri sendiri... masa untuk family. aku 'hutang' masa dengan diri sendiri... dan dengan keluarga. Semoga aku dapat 'membayar' nya semula walaupun di penghujung usia....
Dalam masa hampir 6 bulan ni, aku juga dah dapat title 'nenek'... dah dapat seorang cucu. Seorang Puteri diberi nama Iman Adriyana yang akan memeriahkan hidup kami sekeluarga. InsyaAllah. Tapi, jarang jumpa. Jarang dapat berita. Cucu dengan mama dia menetap di kampong halaman mama dia di Jerangau. Papa dia dah berkelana... sambung belajar. Nak jadi Professor... itu lah impian papa dia sejak dari sekolah rendah. Semoga impian dan harapan papanya tu, dimakbulkan Allah SWT. Amin.
Iman Adriyana ngan Nenda. Masa ni umur Adriyana 44 hari |
hmmmmm.... tak mengapa lah, lupakan sementara. Fikirkan masa depan ku pulak. Dah jadi YB ni... tak kan lah nak menggolek kat rumah je siang dan malam.... Aku kena bangun... bangun mencari masa depan ku yang kian 'singkat' ni. Rasulullah berpesan bahawa usia umat baginda sekitar 60 ke 70 tahun sahaja, jika lebih dari itu... haaaaaa, tu dah kira umur bonus. Oleh yang demikian, aku kena menjadualkan diri ku... semoga Allah SWT memberi aku jadual yang indah... yang menguntungkan diri ku. InsyaAllah.
Note: Mohon maaf jika ejaan dan butir butir ayat tidak sempurna... ada masa, akan di edit semula.