Kelahiran Terengganu. Hometown Dungun. Pesara dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Ahad, 8 Ogos 2010
Malaysian Holiday Home London
MALAYSIAN HOLIDAY HOME LONDON (MHH).Mhh adalah pilihan bijak anda sekeluarga untuk penginapan sepanjang percutian di London seolah-olah berada di rumah sendiri - itulah kata-kata aluan yang dipaparkan pada blog berkenaan. Lokasinya terletak di Park Avenue North, Willesden, London NW10 1JY (Zone 2).
Setibanya kami di St. Pancres International Station, terus ke tube station untuk ke destinasi berikutnya iaitu Willesden Green. Apa pun, pakat tengok map dulu ler.... cara nak ambil tube mana, kat station mana....
Alhamdulillah, berkat maufakat kami anak beranak (6 orang semuanya), selamat sampai di Willesden Green Station. Kat bawah ni adalah sebahagian scene di sekitar Willesden Green Station.


Pn. Rositah Noor datang menjemput kami dengan kenderaan MPV beliau dan sebuah lagi kereta yang dipandu oleh suami beliau. Maklumlah, kami berenam, beg pula 6 juga. Besar-besar pula tu. Belum masuk beg galas kat belakang masing-masing. Puratanya, 2 beg seorang.
Aizat sibongsuku, terus lepak sambil menonton TV. Kepenatanlah tu. Mana taknya, bawa beg galas kat belakang hampir 25 kilo, beg aku pula hampir 30 kilo. Semuanya ini di urus oleh Aizat. Dia kesian tengok Emaknya.... Perjalanan kami bermula dari Paris lagi, yang terkenal naik tangga turun tangga, tukar train. Paris sangat kurang 'tangga bergerak'. Berpeloh dibuatnya.
Izyan juga kepenatan, terus tumbang kat katil di bilik Mawar. Selesa. Bagai menginap dirumah sendiri.
Keesokan hari, semuanya berwajah ceria. Almaklumlah, paginya jumpa nasi lemak setelah lima hari tak jumpa masakan Malaysia. Sempat pula anak dara ku yang dua ni berposing on the way to London City. Penginapan MHH sewanya termasuk 'Breakfast'. Pagi pertama Pn. Sitah Noor jamu kami dengan Nasi lemak, hari kedua pula Mee Hoon goreng, hari ketiga Roti Canai dan hari keempat Mee goreng dengan roti sandwich salomon.
Aizat juga tidak ketinggalan berposing dengan scene sekitar penginapan kami di MHH.
Memang seronok bercuti di London. Bagaikan di Malaysia. Setiap hari kami 'dinner' dengan masakan melayu yang di masak oleh Pn. Sitah Noor. Sedap masakannya. Beliau dan suami pernah buka restoran melayu di pinggir London. Kami memang 'request' untuk makan di penginapan MHH dengan kadar bayaran 5 pound seorang (untuk 'dinner' sahaja). Berbaloiiiiiiii... sedap dan puas makan tau. Menu hari pertama, Nasi putih, gulai ikan campur tomato, ayam goreng ala KFC, sayur goreng dan air masak atau bebas memilih untuk minuman teh panas. Hari kedua pula ialah nasi ayam. Hari ketiga Nasi putih, sup daging, ikan bakar dan air asam, sayur goreng.
Bergambar kenangan dengan Pn. Rositah Noor, tetamu yang juga menginap di penginapan MHH iaitu Edna dan Alia.
Pasangan suami isteri yang bahagia walaupun hidup di perantauan, jauh dari kampung halaman dan sanak saudara.
Terima kasih wahai Rositah atas susah payah membantu kami. Walaupun kami menyewa tetapi layanan mesra, perihati dan timbangrasa tu sangat-sangatlah kami hargai. Rositah melayani kami seolah-olah sebahagian dari keluarga Rositah sendiri.
Kak Nun tak akan lupa akan kemesraan sewaktu bersama Rositah sekeluarga tempoh hari. InsyaAllah, jika diizin Allah SWT, ada rezeki dan umur yang panjang, Kak Nun akan melancung ke negara-negara lain di Europe dan akan menjadikan MHH sebagai transit. Doa Kak Nun semoga Rositah sekeluarga berjaya di rantau orang.
Sabtu, 17 Julai 2010
.......Family Holiday Part 1
Ingin aku kongsi pengalaman melancong ke Paris dan London bersama kalian. Walaubagaimana pun, penceritaan dan penulisan masih kurang memuaskan. InsyaAllah, aku akan edit sehingga bahasa dan 'typing error' dapat diperbaiki dan lebih menarik. Rancangan untuk bercuti telah kami rancang sejak Disember 2009 memandangkan anak kedua kami telah terpilih mengikuti pertukaran pelajar di sebuah universiti di Rouen, Perancis selama 6 bulan, bermula dari Januari dan berakhir pada Jun 2010. Peluang yang ada ini membuatkan kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga. Lagi pun, sudah sekian lama kami tidak melakukan aktiviti 'family holiday'. Akulah orang paling sibuk untuk percutian ini, selalu tidur lewat, kekadang pukul 4 pagi, kalau pukul 2 pagi tu memang dah menjadi kebiasaan. Nak tahu apa yang aku buat? hmm.... apalagi... urus 'web search' untuk mencari ‘budget hotel’ di sekitar Paris dan London, tempat-tempat menarik yang ingin dilawati, cari 'travel tour', cari tiket kapalterbang.(tunggu offer dari MAS dan Airasia untuk mendapatkan tiket perjalanan yang terendah)
Dalam mencari, kekadang berpinar anak mata.... harga yang ditawarkan masih tinggi.... Cari lagi, setiap malam!. Yes! MAS MHlow 'direct flight' ke Paris, murah! terus buat tempahan melalui 'on-line'. Letih menunggu tawaran paling murah untuk perjalanan pulang dari London ke KL... nampaknya aku terpaksa akur dengan tawaran dari AirAsia... dah 3 minggu tercari-cari, masih dengan harga tersebut. Kekadang aku rasa lebih baik ambil penerbangan MAS sahaja, semua kos sudah termasuk dalam harga tiket (makan, minum, berat beg, selimut, hiburan dalam pesawat). AirAsia ni, macam-macam 'charge' yang ada, bila dicampur, sama dengan harga tawaran MAS, malah lebih tinggi dari harga MAS. Seterusnya cari tiket Paris ke London. Nak juga merasai keretapi laju 'Eurostar' yang melalui terowong dasar laut..... makkkk... datukkkkk..... harga lebih kurang RM800 seorang. Tengok pula tiket kapalterbang EASYJET... juga masih tinggi. 'search' punya 'search'... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tiket paling rendah iaitu 50 Euro untuk dewasa, dan 43 Euro untuk remaja berusia 25 tahun ke bawah.
Aku pun buatlah sedikit senarai kos.........
MHlow KLIA ke Paris: RM1547 seorang
AirAsia STD (London) ke LCCT: RM2630 seorang (memang mahal ler... satu kesilapan)
Eurostar Paris ke London: RM200 seorang (dewasa)
Etap Hotel di Paris: RM716/2 bilik/3 malam
Penginapan MHH: 500+++ GBP.... /2 bilik/4 malam termasuk breakfast untuk 4 hari

Aku membuat tempahan penginapan di ALOHA Hostel, 1, Rue Borrom - Paris (budget hotel) manakala di London pula dengan Teratak Murni di Bedford. Aku 'review' Aloha Hostel untuk mendapat gambaran. Aduhhhh... aku menggelabah kerana ramai tetamu yang pernah menginap di hostel berkenaan menceritakan yang buruk-buruk sahaja. 'It's very terrible hostel' 'it's smell like a urine' 'so noisy' 'room very dirty' 'paper are eveywhere in the bathroom and toilet'. Begitulah ayat-ayat yang ditulis oleh tetamu berkenaan yang membuatkan aku menjadi takut! dahlah toilet berkongsi untuk setiap 'floor'..... macamana nih..... aku batalkan tempahan bilik di Aloha hostel, kemudian buat tempahan lain iaitu di Le Montclair Montrmartre Paris jenis dorm pula kali ini. Satu bilik ada bilik air, dan satu bilik lagi berkongsi bilik air di tingkat yang sama dengan tetamu yang lain. Adusss... redha ajalah nampaknya...., dan, sudahnya aku batalkan lagi tempahan ini... Termenong sejenak memikirkan apa lagi yang harus aku lakukan....
Satu hari email yang aku hantar telah dibalas dari seorang yang bernama Syazwan Zanini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar pada ku. Aku bertambah yakin kerana dapat berurusan dengan seorang yang pernah tinggal di Paris dan selok belok di sana. Beliau menetap di Shah Alam dan kami bertemu untuk berbincang tentang beberapa masalah yang aku hadapi. Beliau mencadangkan Etap Hotel Paris Porte De Montreuil kepada kami. Sekali lagi aku membatalkan tempahan sebelumnya iaitu di Etap Hotel di Saint Maurice. Maka selesailah sudah tempahan bilik walaupun ada ketikanya hati aku cuak juga kerana bila aku 'review' didapati tetamu mengatakan Etap hotel kurang bagus dari segi kebersihan. Walau bagaimanapun, Syazwan banyak memberi kata semangat padaku bahawa itu tidak benar.
Dua minggu sebelum pergi, aku dan Nurul ke Imigresen Hentian Kajang untuk memperbaharui Pasport Antarabangsa kami. Alhamdulillah, selesai tanpa sebarang masalah, walaupun ada sedikit keresahan.... aku pernah disenarai hitam kerana menjadi penjamin kepada seseorang. Akhibat dari disenarai hitam, banyak perkara tersangkut. Aku tidak dapat menjadi penjamin kepada anak-anak untuk urusan belajar ke IPT, nak beli kereta sendiri pun kerugian, dah bayar deposit RM500.00 hanya dapat balik RM400 setelah 8 bulan menunggu. Ingin aku berpesan kepada kenalan yang melayari blog aku ni, supaya sentiasa berwaspada, kalau boleh JANGAN JADI PENJAMIN tak kira siapa terutamanya orang yang paling rapat dengan kita.
Aku mengambil cuti 2 hari sebelum penerbangan. Bukan apa, untuk merehatkan badan, 'pack' barang dan persiapan terakhir untuk perjalanan kami.
Hari yang dinanti-nantikan untuk perjalanan dan percutian keluarga ini pun tiba. 31hb. Julai 2010, dengan penerbangan MAS pada pukul 11.50 malam. Kami menggunakan sebuah teksi dan sebuah kereta kawan ke Putrajaya Central untuk menaiki KLIA transit. Setibanya di Airport, tanpa buang masa, kami anak beranak 'check-in'. Selesai 'check-in' kami ke McDonald untuk menjamu selera ala kadar sementara menunggu penerbangan. Selepas 'boarding', kami ke balai menunggu. Kiri dan kananku semuanya mat dan minah saleh. Setengah jam kemudian, baru aku terpandang 2 orang melayu muslim. Ahhh... apa nak risaunya, memang dah kami nak ke Paris, mestilah suasana begini. Sampai di Paris nanti, mungkin sukar nak jumpa orang Malaysia, Melayu dan Muslim.


Cahaya matahari telah menerangi tingkap pesawat yang membawa kami menuju ke Paris Charles de Gaulle Airport (CDG). Bumi Paris sudah nampak dari udara. Anak-anakku mengambil peluang merakamkan scene tersebut dari udara walaupun menggunakan camera biasa sahaja. Hati aku berdebar-debar untuk menjejaki kaki di bumi yang pertama kali aku datang, dalam hati berkata-kata.... apakah Amir anakku akan datang menemuni kami di CDG airport seperti yang dijanji dan jadualkan.... macam mana suasana semasa 'check-in' di kastam mereka nanti. Dalam aku mengelamun, aku dikejutkan oleh seorang Pramugara, beliau memberikan beberapa bungkus kacang, katanya untuk kami sekeluarga dan boleh buat alas perut semasa di hotel sementara mencari kedai makan yang sesuai dan halal.

Alhamdulillah... Pesawat MAS yang kami naiki selamat mendarat di lapangan terbang CDG. Anak-anak ku sibuk merakamkan gambar-gambar sekitar lapangan terbang sebagai kenangan buat kami. Melepasi kaunter 'check-in' tidak terlalu menyusahkan. Rasanya sangat mudah. Pegawai Kastam di kauanter tersebut hanya bertanya tujuan datang ke Perancis, berapa hari dan tiket penerbangan pulang sudah beli atau belum.
7.37 pagi (waktu Perancis) kami selesai mengambil luggages dan berada di Lobi CDG pintu 4 menunggu Amir. Hampir pukul 12 baru Amir sampai. Aku faham keadaan Amir, beliau dari Rouen dengan express train pukul 8.30 pagi. Terasa sangat terharu dan gembira bertemu Amir setelah enam bulan berpisah. Kami terkejut juga melihat perubahan Amir... nampak susut... dan gelap!. Alasan Amir kerana cuaca yang terlalu panas.
MHlow KLIA ke Paris: RM1547 seorang
AirAsia STD (London) ke LCCT: RM2630 seorang (memang mahal ler... satu kesilapan)
Eurostar Paris ke London: RM200 seorang (dewasa)
Etap Hotel di Paris: RM716/2 bilik/3 malam
Penginapan MHH: 500+++ GBP.... /2 bilik/4 malam termasuk breakfast untuk 4 hari

Aku mendapat kenalan menerusi website perantauholidays.com, kerap berhubung melalui Yahoo Messeger dan email untuk urusan penginapan dan trip semasa di Paris serta London. Pada mulanya kami bercadang untuk mengambil pakej pelancongan Paris-Brussels-Rotterdam-Amsterdam-London. Akhirnya kami terpaksa akur bahawa kami hanya mampu ke Paris dan London sahaja dengan memutuskan bergerak sendiri untuk mencari sedikit cabaran buat kami sekeluarga, terutama mengajar anak-anak berhadapan dengan 'sedikit kesusahan'. Masih tercari-cari penginapan di Paris dan London semurah yang boleh. Terus berusaha melalui 'google search', Alhamdulillah, aku bertemu dengan website Teratak Murni BnB (rasol-bnb.blogspot.com), Home BnB; Away Guest House (tinggal247.blogspot.com) serta mengirim e-mail kepada mana-mana pelancong Malaysia yang pernah ke sana yang aku jumpa menerusi website. Rasanya bukan satu perkara yang mudah. Sangat mencabar! tetapi menyeronokkan. Banyak perkara yang aku belajar dari 'pencarian' ini. Dapat kenalan baru, dapat tip-tip untuk melancong, dan macam-macam. Kekadang... dalam hati bertanya juga, betul ke orang nih, ikhlas ke orang ini membantu aku, maklum sajalah, berurusan melalui alam maya
Aku membuat tempahan penginapan di ALOHA Hostel, 1, Rue Borrom - Paris (budget hotel) manakala di London pula dengan Teratak Murni di Bedford. Aku 'review' Aloha Hostel untuk mendapat gambaran. Aduhhhh... aku menggelabah kerana ramai tetamu yang pernah menginap di hostel berkenaan menceritakan yang buruk-buruk sahaja. 'It's very terrible hostel' 'it's smell like a urine' 'so noisy' 'room very dirty' 'paper are eveywhere in the bathroom and toilet'. Begitulah ayat-ayat yang ditulis oleh tetamu berkenaan yang membuatkan aku menjadi takut! dahlah toilet berkongsi untuk setiap 'floor'..... macamana nih..... aku batalkan tempahan bilik di Aloha hostel, kemudian buat tempahan lain iaitu di Le Montclair Montrmartre Paris jenis dorm pula kali ini. Satu bilik ada bilik air, dan satu bilik lagi berkongsi bilik air di tingkat yang sama dengan tetamu yang lain. Adusss... redha ajalah nampaknya...., dan, sudahnya aku batalkan lagi tempahan ini... Termenong sejenak memikirkan apa lagi yang harus aku lakukan....
Walaupun menghadapi masalah dalam tempahan tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan, kerana urusan tersebut menggunakan kad kredit kerana kami tidak mempunyai kad kredit, tetapi, mujurlah Watie dari Bensholiday.com (anak sepupu kepada suamiku) banyak membantu dengan menggunakan kad kredit bapa saudara beliau dan juga kad kredit beliau sendiri. Kami bayar tunai kepada beliau termasuk bayaran 'charge' kad kredit. Sebulan setengah lagi perjalanan kami, Dr. Rasol dari Teratak Murni telah mengirim e-mail mencadangkan kami tinggal di Malaysian Home Holiday London (MHH) di Willesden Green bagi menjimatkan kos pengangkutan untuk ke London City selama 3 hari kami di sana nanti. Bedford terletak diluar kota London. Terima kasih Dr. Rasol kerana memudahkan percutian kami. Aku terus mengirim e-mail ke MHH untuk membuat tempahan. Penginapan tersebut adalah milik orang Melayu dari Malaysia yang telah tinggal di London sejak tahun 1997 lagi. Beliau sekeluarga sudah dapat PR di sana. Kami senantiasa berurusan melalui email. Sekali sekala Pn. Rositah menelefon aku untuk bertanya tentang penginapan kami dan jadual semasa di London. Aku lebih yakin kerana dapat bercakap melalui telefon yang beliau buat terus kepada ku dan sekiranya ada masalah, aku menelefon sepupu beliau yang tinggal di Gombak.
Seterusnya adalah masa untuk kami fikirkan keperluan untuk dibawa semasa percutian nanti. Kami mula membeli keperluan sedikit demi sedikit sejak bulan April lagi. Setiap hari menyemak pertukaran mata wang. Aku juga membeli bahan makanan kering seperti biskut, mee maggi, milo 3 dalam 1, kismis kotak kecil, tuna dalam tin, kaya yoe's, serunding daging.... bila dikumpul kesemua makanan tersebut rupa-rupanya penuh satu beg, bila ditimbang beratnya 5 kilo! kah kah kah. Setiap orang mesti bawa barang makanan dalam beg masing-masing, maknanya, setiap beg (5 beg besar semuanya) ada serba sedikit makanan. Botol kosong kecil pun aku bawa. Untuk apa? haaaa.... nanti nak masuk 'toilet'.... toilet mereka bukan macam toilet kat Malaysia, ada paip air. Kami gilir-gilir guna botol kosong itu nanti. Aku mengambil cuti 2 hari sebelum penerbangan. Bukan apa, untuk merehatkan badan, 'pack' barang dan persiapan terakhir untuk perjalanan kami.
Dalam penerbangan yang selesa, hidangan dari Pramugari dan Pramugara MAS sangat menyelerakan (agaknya teruja sangat nak ke Paris tu.....). Lepas makan, tidur. Anak-anak ku pula ada yang menonton menerusi screen kecil yang yang tersedia dalam penerbangan ini. Berposing dengan kamera masing-masing. Sekali sekala, aku nampak mereka 'boring', sudah 8 jam terbang... 5 jam lagi baru boleh mendarat... alahaiiii... lamanya lagi... letih... sangat meletihkan. Aku terlelap dalam keletihan.
Akan ku sambung penulisan ini di tajuk yang lain pula.... Tajuk percutian kami di Paris dan London. Tungguuuuuuuuuuuuuu...................
Isnin, 28 Jun 2010
Pertemuan selepas 26 tahun
Minggu lepas, 18hb Jun aku dikunjungi oleh teman yang sama-sama mengikut kursus Kejururawatan di Sekolah Jururawat, Hospital Besar Kelang (1981). Ang Chai Eng namanya. Beliau datang ke rumah ku bersama-sama suami, anak, menantu dan cucunya. Keluar saja dari pintu kereta, kami sama-sama meluru dan berpelukan antara satu sama lain. Sama-sama menitis air mata rindu... rindu yang amat sangat. Hampir 2 jam kami bertukar-tukar cerita sepanjang 26 tahun tak jumpa.
Aku dan seorang kawan berlepas ke Kota Bharu dengan pesawat awal pagi dan menginap di Seri Merdeka Motel, Lundang Kota Bharu. Pada petang 19hb. Jun pula, Maimun Mohamad melapangkan masa bersama-sama suami beliau datang ke penginapan sewa ku. Sekali lagi aku berkongsi airmata kegembiraan dengan Maimun. Beliau teman sebilik dengan ku waktu itu. Sifat matang dan sopan santunnya masih kekal hingga ke hari ini. Cuma bentuk fizikalnya banyak berubah selepas beliau menjalani pembedahan. Beliau membawa aku ke Warung Nasi Kerabu Golok. Aku di jamu dengan nasi kerabu berlauk ayam dan daging bakar berempah. Berseleranya aku... licinnnnnn..... di penghujung pertemuan pada senja itu, beliau menghadiahkan aku sehelai tudung berwarna biru... cantik....
Keesokannya giliran Azizah Ariffin pula menemuai aku. Beliau merupakan 'my best friend'. Teman sebilik dengan ku. Beliau dan Ang Chai Eng banyak menemani aku bila aku nak keluar 'dating'. Hahahaha...... (baru belajar datinglah... tapi siap berteman). Kami juga selalu bersama-sama semasa 'outing' sekiranya masa 'off duty' jatuh pada tarikh dan waktu yang sama.
MasyaAllah... aku dan Azizah berlari ke arah masing-masing dan berpelukan. Lama pelukan kami. Saat berpelukan itu, aku menangis teresak-esak, gitu juga Azizah. Rindu! sungguh rindu. Mana tidaknya, keakraban kami sewaktu berkursus dahulu sangat baik, tidur sebantal, makan sepinggan, waktu makan, sama-sama berkongsi jari dalam satu mangkok budu, termasuklah Ang Chai Eng.
Hampir 2 jam kami bersembang dan bercerita perjalanan hidup masing-masing (cuma sebahagian kecil sahaja, masa sangat terhad). Hampir pukul 12 tengahari kami ke Bandar Kota Bharu untuk 'shopping' di Pasar Siti Khatijah. Hanya setakat membeli keropok kering. Kemudian kami menjamu selera (makan tengahari) di Kedai makan Cikgu. Istimewanya kedai makan ini ialah, lauk pauknya ringkas tetapi sangat menyelera. Beranika ulam (mentah, dicelur), budu, belacan, ikan bakar, ikan keli goreng, masak lemak putih sayur, ikan singgang, ayam goreng..... dan banyak lagi. Cukup menyelerakan! aku, Azizah dan kak Aini siap bertambah nasi dan budu!. Selesai makan, Azizah dan suaminya menghantar kami pulang semula ke penginapan.
Pada sebelah malam, lebih kurang hampir jam 10 malam, seorang lagi teman lama datang bertemu dengan ku. Siti Fatimah namanya. Siti Fatimah tak banyak berubah, masih cantik dan bertambah anggun. Beliau memang suka 'mencantikkan' diri sejak dari kursus lagi. Bezanya sekarang ialah, ada kedut-kedut kedewasaan menenggek pada setiap gerak senyum. (Sayangnya, aku terlupa untuk bergambar dengan Siti Fatimah).
Memang satu kepuasan kerana dapat bertemu 4 orang kawan lama dari 19 orang. Tapi, dalam kegembiraan itu, terselit berita sedih dengan kembalinya ke Rahmatullah, kawan kami bernama Siti Fatimah Mohd Nor (kerana penyakit Barah). Alfatihah buat beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam gulungan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga kami dapat bertemu lagi selepas pertemuan ini. Mudah-mudahan dapat bertemu dengan kekawan yang lain. Ingin ku panjatkan kesyukuran dengan keizinan NYA kami bertemu walau pun selepas 26 tahun lebih.
Hampir 2 jam kami bersembang dan bercerita perjalanan hidup masing-masing (cuma sebahagian kecil sahaja, masa sangat terhad). Hampir pukul 12 tengahari kami ke Bandar Kota Bharu untuk 'shopping' di Pasar Siti Khatijah. Hanya setakat membeli keropok kering. Kemudian kami menjamu selera (makan tengahari) di Kedai makan Cikgu. Istimewanya kedai makan ini ialah, lauk pauknya ringkas tetapi sangat menyelera. Beranika ulam (mentah, dicelur), budu, belacan, ikan bakar, ikan keli goreng, masak lemak putih sayur, ikan singgang, ayam goreng..... dan banyak lagi. Cukup menyelerakan! aku, Azizah dan kak Aini siap bertambah nasi dan budu!. Selesai makan, Azizah dan suaminya menghantar kami pulang semula ke penginapan.
Memang satu kepuasan kerana dapat bertemu 4 orang kawan lama dari 19 orang. Tapi, dalam kegembiraan itu, terselit berita sedih dengan kembalinya ke Rahmatullah, kawan kami bernama Siti Fatimah Mohd Nor (kerana penyakit Barah). Alfatihah buat beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam gulungan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Selasa, 11 Mei 2010
Selamat Hari Ibu
Yesss.... warkah buat ibu masih ku simpan dengan baik walaupun mengambil masa untuk mencarinya..... baru saja jumpa semula dalam 'folder'. Warkah yang ku tulis dari hati nan tulus ikhlas ini adalah untuk ibu sempana Hari Ibu pada tahun 2002. Aku tulis warkah ini pada 12/05/2002. Aku tak pasti samada ibu membacanya atau tidak... Nukilanku berbunyi begini:
Dengan lafaz bismillah ku mulakan bicara ini buat ibu Meriam. Apa khabar ibu. Aku di sini sepi. Mungkin ibu terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak pernah ibu impikan selama ini. Yalah… ibu bukan tahu membaca, tapi, aku percaya ada orang tolong bacakan buat ibu. Hari ini adalah hari ibu. Hari untuk wanita yang bergelar ibu. Hari untuk mu ibu dan juga untuk ku. Kita sama-sama bergelar ibu. Ibu… kenangan silam membuat aku terpanggil untuk mengatur bait-bait ungkapan buat mu. Akan ku bariskan sebaik mungkin bahasa seninya agar ia menjadi indah dan menyejukkan hati mu setelah membacanya nanti.
Ibu… senyum tawa mu masih segar di ingatanku. Walaupun dikau tidak melahirkan aku, namun kehangatan jari jemarimu yang membesarkan aku cukup bermakna buat diri ini. Pengorbanan mu sebagai ibu kepada ku amat ku sanjungi. Aku lah permata hati mu, aku lah penyeri hidup mu. Kau dakap aku, kau timang aku, kau belai aku penuh manja. Aku tahu, selama lima tahun ayah dan ibu menunggu kehadiran seorang bayi untuk memecah kesunyian mahligai kecil mu, tapi apakan daya, segala-galanya di takdirkan ibu dan ayah tidak dapat melahirkan zuriat dari darah daging sendiri. Ibu… masihku ingat tatkala kita mandi di pinggir kali… berenang di tepiannya… masih ku ingat kita mandi bersama ayah di perigi, di bawah sinaran bulan mengambang, seronoknya masa itu bukan?… ibu dan ayah menjirusku, sabunkan badanku. Aduhaiiii… manjanya aku! Aku juga ingat kenakalan ku malas mandi… sampai merajuk dan hilangkan anting-anting… maafkan aku ibu, maafkan aku kerana nakal.
Ibu.. masih ku ingat … ibu menyuruh aku menjual taugeh…. Aku menjunjung dulang yang berisi taugeh yang telah kau tompok-tompokkan. Aku tidak menjualnya, aku menyembunyikan diri ku di belakang pagar. Aku malu ibu.. aku malu untuk menjual dari rumah ke rumah, isyyyy, nakalnya aku…. Maafkan aku ibu kerana menipu mu.
Ibu… hembusan bayu pagi dan deruan ombak memukul pantai masih juga dalam ingatanku. Waktu itu, saban minggu aku menemani ibu ke pantai mengutip dedaun dan pelepah kelapa untuk ibu buat atap sebagai mata pencarian sampingan. Bila pulang, aku menjunjung dedaun kelapa yang telah siap ibu ikat dan ibu pula menjunjung pelepah kelapa serta dedaun kelapa. Ah…. Sedihnya aku mengingati saat itu. Betapa pengorbanan mu sebagai seorang isteri, wanita dan sekali gus sebagai seorang ibu untuk membantu kewangan rumahtangga mu. Kini, setelah aku berumah tangga baru aku faham…. Maafkan aku ibu.
Ibu.. engkaulah ratu hati ku. Engkaulah kekasih hatiku. Kini kita terpisah. Ibu dengan corak penghidupan ibu dan aku juga begitu. Kita sama-sama menjadi ibu, kita sama-sama ada tanggungjawab yang harus dipikul. Ibu.. kita terlalu jauh berpisah.. kita juga terlalu lama berpisah, sukar untuk kita bersama lagi mengulangi detik waktu yang telah berlalu. Namun sekali sekala kita bertemu, terubat juga kerinduan dikalbu yang tidak pernah padam antara kita berdua. Ibu… entah apakah bentuk hadiah yang harusku berikan pada mu sebagai tanda kasih dan sayangku pada mu?. Jika aku seorang pelukis, akan ku lukiskan wajah mu bagai bulan purnama, jika aku seorang akitek, akan aku bina sebuah tugu lambang kasihku pada mu, jika aku seorang jutawan, akan ku tempah sebuah pesawat untuk kita terbang bersama di angkasa raya, meredah langit biru dan awan kelabu! Oh ibu….. aku tidak mampu, aku tidak punya apa-apa selain dari hati dan perasaan yang terlalu kerdil ini. Ibu.. kita sudah menghampiri pelabuhan senja… kita sama-sama berada di ufuk itu… kita tak bisa mengulangi zaman zilam yang penuh nostalgia bersama lagi.
Ibu kini menghabiskan sisa-sia hidup bersama ayah.. bersama suka duka sebagai isteri yang dimadukan, bersama tawa dan tangis sebuah penghidupan yang tidak pernah kau pinta sebelumnya. Ibu… ingin ku bisikan ditelinga mu.. andainya malaikat datang menjemput mu, aku mohon pada Allah SWT.... agar aku berada disisi mu ketika ibu melalui saat itu, ingin pangku tubuhmu…. ingin ku genggam erat tangan mu….. menemani mu untuk meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Ibu.. terima kasih kerana kau telah membesarkan aku. Terima kasih kerana memberi aku peta penghidupan yang beranika warna sebagai bekalan dan pedoman. Ibu, terima kasih kerana kau telah mengajar aku menjadi manusia, Ibu… terima kasih atas resepi yang kau berikan pada ku. Terima kasih … terima kasih ibu. Engkau lah ibuku, engkau lah guruku, engkaulah kawanku dan sekali sekala, engkau jadi lawanku!…. Ha.. ha.. ha.. gelinya hati ku… bila teringat aku di pukul kerana kenakalan ku!
Ibu, ingin ku hulurkan jari sepuluh memohon keampunan di atas segala dosa-dosa semalam. Dosa-dosa silam ku terhadapmu. Ampuni aku ibu.. ampuni aku kerana terkadang aku telah mengalirkan air mata mu hingga tumpah ke bumi. Terkadang aku membuat hati ibu kerinduan.... kekadang... aku menguris hati ibu... Ampuni aku ibu. Inginku katakan diwarkah nih bahawa... kasih dan sayang mu adalah tulus ikhlas, suci murni... bab embun menitis dini hari... yang tiada bandingnya, tiada batas sempadan apatah lagi tiada dendam terhadap diriku... I love u mum....
Ibu… andainya kau pergi dulu dari ku, akan ku semaikan pepohon kemboja di pusara mu. Agar pusara mu sentiasa harum mewangi, sewangi kasturi dan semerbak mawar kembang di tangkai.
Ibu… andainya kau pergi dulu dari ku… akan ku hadiahkan Al-fatihah buat mu ibu. Aku akan terus berdoa agar engkau di hadiahkan syurga oleh NYA di akhirat nanti. Aku doakan engkau terlepas dari azab kubur dan azab api neraka. Semoga engkau dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah.
Tapi ibu... andainya aku pergi dulu sebelum mu... jangan kau tangisi pemergian ku... jangan kau berduka dengan ketiadaanku... teruskan hidup ibu hingga ke penghujung usia.... Sembah salam dari ku buat ibu... akan ku bawa kasih mu bersemadi bersama jasad ku...
DAN..... ibu pergi dulu sebelumku... ibu telah menghembuskan nafasnya yang akhir di pagi Selasa yang hening tanggal 19 April 2005 bersamaan 10 Rabiulawal 1426. Tinggallah aku bagai hilang tangkai.... tiada lagi bahu tempat aku bersandar bila aku kesepian.... tiada lagi telinga untuk mendengar rintihanku... tiada lagi airmata untuk berkongsi suka dan duka... tiada lagi gelak tawa melihat telatah anak-anakku yang juga cucu-cucunya..... namun, aku bersyukur kerana doaku dimakbulkan Allah SWT, di mana, pada saat-saat perjalanan terakhir ibu ke alam barzah, aku di sisi arwah, menemaninya..... kepala ibu di pangkuanku... aku iring perjalanan ibu dengan doa dan kalimah syahadah di telinga ibu..... SEMOGA IBU DAMAI DI SANA.... AMIN....
Dengan lafaz bismillah ku mulakan bicara ini buat ibu Meriam. Apa khabar ibu. Aku di sini sepi. Mungkin ibu terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak pernah ibu impikan selama ini. Yalah… ibu bukan tahu membaca, tapi, aku percaya ada orang tolong bacakan buat ibu. Hari ini adalah hari ibu. Hari untuk wanita yang bergelar ibu. Hari untuk mu ibu dan juga untuk ku. Kita sama-sama bergelar ibu. Ibu… kenangan silam membuat aku terpanggil untuk mengatur bait-bait ungkapan buat mu. Akan ku bariskan sebaik mungkin bahasa seninya agar ia menjadi indah dan menyejukkan hati mu setelah membacanya nanti.Ibu… hembusan bayu pagi dan deruan ombak memukul pantai masih juga dalam ingatanku. Waktu itu, saban minggu aku menemani ibu ke pantai mengutip dedaun dan pelepah kelapa untuk ibu buat atap sebagai mata pencarian sampingan. Bila pulang, aku menjunjung dedaun kelapa yang telah siap ibu ikat dan ibu pula menjunjung pelepah kelapa serta dedaun kelapa. Ah…. Sedihnya aku mengingati saat itu. Betapa pengorbanan mu sebagai seorang isteri, wanita dan sekali gus sebagai seorang ibu untuk membantu kewangan rumahtangga mu. Kini, setelah aku berumah tangga baru aku faham…. Maafkan aku ibu.
Ibu.. engkaulah ratu hati ku. Engkaulah kekasih hatiku. Kini kita terpisah. Ibu dengan corak penghidupan ibu dan aku juga begitu. Kita sama-sama menjadi ibu, kita sama-sama ada tanggungjawab yang harus dipikul. Ibu.. kita terlalu jauh berpisah.. kita juga terlalu lama berpisah, sukar untuk kita bersama lagi mengulangi detik waktu yang telah berlalu. Namun sekali sekala kita bertemu, terubat juga kerinduan dikalbu yang tidak pernah padam antara kita berdua. Ibu… entah apakah bentuk hadiah yang harusku berikan pada mu sebagai tanda kasih dan sayangku pada mu?. Jika aku seorang pelukis, akan ku lukiskan wajah mu bagai bulan purnama, jika aku seorang akitek, akan aku bina sebuah tugu lambang kasihku pada mu, jika aku seorang jutawan, akan ku tempah sebuah pesawat untuk kita terbang bersama di angkasa raya, meredah langit biru dan awan kelabu! Oh ibu….. aku tidak mampu, aku tidak punya apa-apa selain dari hati dan perasaan yang terlalu kerdil ini. Ibu.. kita sudah menghampiri pelabuhan senja… kita sama-sama berada di ufuk itu… kita tak bisa mengulangi zaman zilam yang penuh nostalgia bersama lagi.
Ibu kini menghabiskan sisa-sia hidup bersama ayah.. bersama suka duka sebagai isteri yang dimadukan, bersama tawa dan tangis sebuah penghidupan yang tidak pernah kau pinta sebelumnya. Ibu… ingin ku bisikan ditelinga mu.. andainya malaikat datang menjemput mu, aku mohon pada Allah SWT.... agar aku berada disisi mu ketika ibu melalui saat itu, ingin pangku tubuhmu…. ingin ku genggam erat tangan mu….. menemani mu untuk meninggalkan aku buat selama-lamanya.Ibu.. terima kasih kerana kau telah membesarkan aku. Terima kasih kerana memberi aku peta penghidupan yang beranika warna sebagai bekalan dan pedoman. Ibu, terima kasih kerana kau telah mengajar aku menjadi manusia, Ibu… terima kasih atas resepi yang kau berikan pada ku. Terima kasih … terima kasih ibu. Engkau lah ibuku, engkau lah guruku, engkaulah kawanku dan sekali sekala, engkau jadi lawanku!…. Ha.. ha.. ha.. gelinya hati ku… bila teringat aku di pukul kerana kenakalan ku!
Ibu… andainya kau pergi dulu dari ku, akan ku semaikan pepohon kemboja di pusara mu. Agar pusara mu sentiasa harum mewangi, sewangi kasturi dan semerbak mawar kembang di tangkai.
Ibu… andainya kau pergi dulu dari ku… akan ku hadiahkan Al-fatihah buat mu ibu. Aku akan terus berdoa agar engkau di hadiahkan syurga oleh NYA di akhirat nanti. Aku doakan engkau terlepas dari azab kubur dan azab api neraka. Semoga engkau dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah.
Tapi ibu... andainya aku pergi dulu sebelum mu... jangan kau tangisi pemergian ku... jangan kau berduka dengan ketiadaanku... teruskan hidup ibu hingga ke penghujung usia.... Sembah salam dari ku buat ibu... akan ku bawa kasih mu bersemadi bersama jasad ku...
DAN..... ibu pergi dulu sebelumku... ibu telah menghembuskan nafasnya yang akhir di pagi Selasa yang hening tanggal 19 April 2005 bersamaan 10 Rabiulawal 1426. Tinggallah aku bagai hilang tangkai.... tiada lagi bahu tempat aku bersandar bila aku kesepian.... tiada lagi telinga untuk mendengar rintihanku... tiada lagi airmata untuk berkongsi suka dan duka... tiada lagi gelak tawa melihat telatah anak-anakku yang juga cucu-cucunya..... namun, aku bersyukur kerana doaku dimakbulkan Allah SWT, di mana, pada saat-saat perjalanan terakhir ibu ke alam barzah, aku di sisi arwah, menemaninya..... kepala ibu di pangkuanku... aku iring perjalanan ibu dengan doa dan kalimah syahadah di telinga ibu..... SEMOGA IBU DAMAI DI SANA.... AMIN....
Ahad, 10 Januari 2010
Maal Hijrah and Selamat Tahun Baru 2010
Syukur Alhamdulillah kepada NYA. Aku masih di sini... di bumi NYA. Masih sihat tubuh badan. Masih boleh menggerakkan kaki, tangan dan mata. Masih boleh mendengar dengan baik. Masih boleh bertutur. Cuma, ingatan 'sedikit pelupa' sudah menguasai hidupku. Sorry... lama tak jumpa di blog ini. Sekarang 'giler' dengan facebook. Anak-anak muda tergelak pada ku kerana orang 'tua' macam aku melayari Facebook. Hahaha... di abad ini, usia bukan penghalang, usia juga bukan menjadi pengukur untuk kita 'stop' aktiviti di sekeliling. Kita mesti berpandangan positif dan mengisi segala yang 'sihat' dalam apa jua kehidupan yang kita lalui.
Paling happy, saat yang telah lama aku nantikan, kisah aku mencari dan terus mencari beberapa kawan lama yang terputus hubungan sudah melebihi dari 25 tahun menjadi pembuka tirai 2010. Salah seorang kawanku semasa mengikuti kursus Penolong Jururawat Pelatih di Hospital Besar Kelang dapatku hubungi semula. Beliau adalah Azizah Ariffin, kini bertugas di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan. Beliau merupakan teman sebilik dan paling rapat denganku. Bak kata orang tua-tua, teman tidor sebantal, makan sepinggan. Penghujung April 1983 merupakan 'gathering' terakhir aku bersama dengan Azizah dan sebahagian dari kekawan satu kuliah. Aku mengadakan majlis ringkas tetapi meriah khas untuk teman sekuliah dari sekolah Jururawat Hospital Besar Kelang Selangor sempena meraikan perkahwinanku di Ampang Jaya, Kuala Lumpur. Aku menghubungi Azizah setelah aku mendapat nombor telefon dari seorang kenalan satu jabatan denganku. Suara kami bertemu di udara. Macam mimpi! rasa tak sabar untuk bertemu dengannya. Aku bercadang untuk mengambil cuti bagi menemui beliau dan mungkin kekawan yang lain. Hanya masa dan izin NYA segala impian ku akan menjadi nyata. InsyaAllah.
Aku tetap mencari dan terus mencari kekawan ku yang lain..... di manakah dikau wahai Ang Chai Eng...teman yang selalu menemani aku bila 'outing' , Norhayati ... orangnya manis, lemah lembut.. berambut ikal mayang... nice lady.... seronok berkawan dengannya. Maimon... anak pak imam dari Bachok, teman satu bilik denganku. Che Zainun... juga teman sebilik... Hamizan... 10 tahun yang lalu aku dapat tahun beliau bertugas di Hospital Besar Kajang, Selangor, dan ramai lagi yang tak mampuku penuhkan nama-nama mereka di ruang ini.
Ok... aku akan menulis lagi......
Selasa, 15 Disember 2009
Akan tibakah saat itu....
Hampir 3 minggu aku tidak menulis di Blog kesayangku ini. Aku kini jadi 'hantu Facebook'. Semuanya bermula kerana Kak Asma. Beliau merupakan kawan satu jabatan dan telah bersara pilihan. Kini sedang mengikuti suami bertugas di luar negara, dah lebih dari lima tahun beliau di Switzerland. Seronok tengok gambar-gambar beliau melalui Facebook. Terpaku aku melihat keindahan di awal musim 'autumn'. Maha Agong Allah SWT, indah sungguh dunia ciptaanNYA. Dedaun kemerahan... kekuningan... luruh menyembah bumi.
Hatiku dan perasaanku mula melayang jauh... jauh dan jauh.... oh, alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti aku dapat melihat dan merasai sendiri musim-musim seperti ' autumn' (musim gugur)... 'winter' (salji) .... 'summer' (panas) dan 'spring' (bunga) .... Seingat aku, sejak di bangku sekolah rendah, aku amat berminat dan menyimpan angan-angan untuk menetap diluar negara dan merasai suasana empat musim. Waktu itu aku berkhayal sorang diri dimana aku berlari-lari ke kaki langit meredah salji (mak aiiiii... la nih, kalau buat macam itu, jawabnya, masuk sepital lah, asma!) Aku juga berkhayal bertemu 'cinta' di musim bunga... (dahsyat punya khayalan - semuanya kerana pengaruh filem hindustan... macam filem Aa Gale Lag Ja, Yaddon Ki Baarat, alaaa.... zaman tersohornya Shammi Kappor, Shashi Kapoor, Rishi Kapoor, Hema Malini, Zeenat Aman dan lain-lain... (lupa namanya.... rupa masih terbayang kat mata). 
Hatiku dan perasaanku mula melayang jauh... jauh dan jauh.... oh, alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti aku dapat melihat dan merasai sendiri musim-musim seperti ' autumn' (musim gugur)... 'winter' (salji) .... 'summer' (panas) dan 'spring' (bunga) .... Seingat aku, sejak di bangku sekolah rendah, aku amat berminat dan menyimpan angan-angan untuk menetap diluar negara dan merasai suasana empat musim. Waktu itu aku berkhayal sorang diri dimana aku berlari-lari ke kaki langit meredah salji (mak aiiiii... la nih, kalau buat macam itu, jawabnya, masuk sepital lah, asma!) Aku juga berkhayal bertemu 'cinta' di musim bunga... (dahsyat punya khayalan - semuanya kerana pengaruh filem hindustan... macam filem Aa Gale Lag Ja, Yaddon Ki Baarat, alaaa.... zaman tersohornya Shammi Kappor, Shashi Kapoor, Rishi Kapoor, Hema Malini, Zeenat Aman dan lain-lain... (lupa namanya.... rupa masih terbayang kat mata). 
Akan tibakah saat itu dalam hidup ini?.....
Selasa, 24 November 2009
Akulah Wanita itu
Sambil memandu skuter 'Yamaha ego' untuk ke tempat kerja, tetiba ilham menjelma.... begini bunyinya...
Wanita, isteri dan ibu, senangnya menyebut perkataan itu. Tahukah kalian, untuk sampai ke destinasi hari ini, banyak liku perlu dilalui. Harus hebat bermain gelombang. Wanita bekerjaya sentiasa mengejar masa, memandu tak kira cuaca. Hujan dan panas, perkara biasa. Pagi, sejuk menyusuk hingga ke tulang putih. Tengahari, panas terik bagai membakar kulit. Petang... aduh.. hujan lagi, redah aja lah....
Wanita, isteri dan ibu. Akulah wanita, akulah suri, akulah ibu. Di rumah - memasak, membasuh, membersih, mengemas dan macam-macam lagi. Kekadang tak ubah macam kuli. Ahhh... Aku tak boleh berperasaan begitu, tak ikhlas namanya... berdosa pada anak dan suami! Malam - rehat badan dan minda hingga ke pagi. Lena diulit mimpi.
Wanita, isteri dan ibu. Aduhhhh.. beratnya tanggungjawab itu. Perlu kekuatan diri. Perlu keyakinan hati. Perlu kesihatan nurani dan perlu keikhlasan budi!.
Bertanya pada diri ini.... masih cantikkah aku, masih maniskah lagi senyumku, masih indahkah lagi langkah dan lenggokku... selagi ada perkataan masih, pasti aku akan terus bertanya pada diri ini.
Bertanya lagi pada diri ini... Sempurnakah aku jadi permaisuri, hebatkah aku jadi ratu di hati suami?... Kelu lidahku untuk berkata... kerana aku tak mampu berbicara akan jawapan itu. Yang pasti, tiada manusia dilahirkan sempurna... Semuga dosaku diampun oleh NYA.
Bertanya dan terus bertanya pada diri ini. Apa akan jadi pada anak dan cucuku nanti. Buat apa difikirkan itu semua, tahulah anak dan cucu meneruskan hidupnya. Sandarkan hati dan perhambakan diri pada Rukun Islam 5 perkara:
Aku bertanya lagi.... apa akan jadi padaku esok pagi? Mudah-mudahan masih boleh melihat mentari.....
Wanita, isteri dan ibu, senangnya menyebut perkataan itu. Tahukah kalian, untuk sampai ke destinasi hari ini, banyak liku perlu dilalui. Harus hebat bermain gelombang. Wanita bekerjaya sentiasa mengejar masa, memandu tak kira cuaca. Hujan dan panas, perkara biasa. Pagi, sejuk menyusuk hingga ke tulang putih. Tengahari, panas terik bagai membakar kulit. Petang... aduh.. hujan lagi, redah aja lah....Wanita, isteri dan ibu. Akulah wanita, akulah suri, akulah ibu. Di rumah - memasak, membasuh, membersih, mengemas dan macam-macam lagi. Kekadang tak ubah macam kuli. Ahhh... Aku tak boleh berperasaan begitu, tak ikhlas namanya... berdosa pada anak dan suami! Malam - rehat badan dan minda hingga ke pagi. Lena diulit mimpi.
Wanita, isteri dan ibu. Aduhhhh.. beratnya tanggungjawab itu. Perlu kekuatan diri. Perlu keyakinan hati. Perlu kesihatan nurani dan perlu keikhlasan budi!.Bertanya pada diri ini.... masih cantikkah aku, masih maniskah lagi senyumku, masih indahkah lagi langkah dan lenggokku... selagi ada perkataan masih, pasti aku akan terus bertanya pada diri ini.
Bertanya lagi pada diri ini... Sempurnakah aku jadi permaisuri, hebatkah aku jadi ratu di hati suami?... Kelu lidahku untuk berkata... kerana aku tak mampu berbicara akan jawapan itu. Yang pasti, tiada manusia dilahirkan sempurna... Semuga dosaku diampun oleh NYA.
Bertanya dan terus bertanya pada diri ini. Apa akan jadi pada anak dan cucuku nanti. Buat apa difikirkan itu semua, tahulah anak dan cucu meneruskan hidupnya. Sandarkan hati dan perhambakan diri pada Rukun Islam 5 perkara: - Mengucap dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardu lima waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadhan
- Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
- Beriman kepada ALLAH SWT
- Beriman kepada Malaikat-malaikat
- Beriman kepada Kitab-kitab
- Beriman kepada Rasul-rasul
- Beriman kepada Hari Kiamat
- Beriman kepada Qada dan Qadar
Aku bertanya lagi.... apa akan jadi padaku esok pagi? Mudah-mudahan masih boleh melihat mentari.....
Langgan:
Catatan (Atom)
