Khamis, 7 Oktober 2010

Perjalanan ke Teratai Murni - Bedford

8hb. Julai 2010 dari Willsden Green, singgah jap di rumah Rositah (pemilik MHH holiday), ambil bau sikit suasana dalam rumah beliau di Luton kemudian kami singgah di Stockwood Discovery Centre di Luton. Sebuah muzium dengan barangan antik yang dipamerkan. Sangat menarik. Aku percaya, memang barang-barang tersebut sudah sukar untuk di temui di abad ini. Masa kami adalah terhad, kemudian terus Teratai Murni di Bedford. Anak-anak kami sempat berposing di sekitar Bedford. Dr. Rasol dan Pn. Norli menjamu kami dengan nasi, gulai daging, telor masak dadar dan ulaman. Simple, namun Sedap! Selesai makan-makan, kami singgah ke Cambrige University sebelum ke Stansted Airport untuk pulang ke Malaysia. Sempatlah merakamkan beberapa pose sebagai kenangan buat kami sekeluarga.

Aku berurusan dengan pemilik Teratai Murni di Bedford sejak awal tahun lagi. Tak sempat nak tulis panjang.... just masukkan gambar dulu lah, nanti aku tulis... tulis panjang-panjang
Bergambar kenangan di The Mossman Gallery (Stockwood Discovery Centre di Luton).

Bersama family

Bersama Pn. Rositah (MHH Holiday London) dan Pn. Norli (Teratak Murni Bedford)

Beranika bentuk botol susu baby zaman dulu kala hingga ke tahun 80an

Papan tulis ini digunakan oleh pelajar pelajar sekolah rendah pada awal tahun 50an, itu lah seingat aku yang telah diceritakan oleh ayah.
Anak dara aku sempat berposing di salah satu sudut sebuah sungai di Bedford. Manakala gambar di bawah semasa kami menjamu selera di Teratak Murni. Dalam terkejar-kejar masa, Pn. Norli sempat masak nasi dengan hidangan lauk gulai daging, telur dadar, salad dan lain-lain. Berselera kami makan.


Makan-makan di rumah Dr. Rasol and Pn. Norli

Gambar di bawah ini pula di rakamkan semasa singgah sebentar di Cambrige Universiti on the way to Stanstead Airport. Cukuplah sebagai kenangan biarpun tidak berpeluang belajar di universiti tersebut. Mudah-mudahan ada diantara anak-anak ku dapat belajar di situ. InsyaAllah... manalah tahu... rezeki dia orang suatu masa nanti.

Gambar kenangan keluarga kami dengan Puan Norli. Terima kasih di atas layanan kalian kepada kami dengan kos yang amat berpatutan (kos pengangkutan dari Willsden Green, Luton, Bedford, Cambrige dan Stanstead Airport). Walau hanya 6 jam bersama dengan Dr. Rasol dan Pn. Norli, kemesraan amat terasa, seolah-olah sudah 6 dekad berkenalan dengan mereka berdua. Semoga kami dapat bertemu lagi dengan mereka sekeluarga.

Ahad, 8 Ogos 2010

Malaysian Holiday Home London

MALAYSIAN HOLIDAY HOME LONDON (MHH).Mhh adalah pilihan bijak anda sekeluarga untuk penginapan sepanjang percutian di London seolah-olah berada di rumah sendiri - itulah kata-kata aluan yang dipaparkan pada blog berkenaan. Lokasinya terletak di Park Avenue North, Willesden, London NW10 1JY (Zone 2). 

Setibanya kami di St. Pancres International Station, terus ke tube station untuk ke destinasi berikutnya iaitu Willesden Green. Apa pun, pakat tengok map dulu ler.... cara nak ambil tube mana, kat station mana....

Alhamdulillah, berkat maufakat kami anak beranak (6 orang semuanya), selamat sampai di Willesden Green Station. Kat bawah ni adalah sebahagian scene di sekitar Willesden Green Station.
Pn. Rositah Noor datang menjemput kami dengan kenderaan MPV beliau dan sebuah lagi kereta yang dipandu oleh suami beliau. Maklumlah, kami berenam, beg pula 6 juga. Besar-besar pula tu. Belum masuk beg galas kat belakang masing-masing. Puratanya, 2 beg seorang.

Aizat sibongsuku, terus lepak sambil menonton TV. Kepenatanlah tu. Mana taknya, bawa beg galas kat belakang hampir 25 kilo, beg aku pula hampir 30 kilo. Semuanya ini di urus oleh Aizat. Dia kesian tengok Emaknya.... Perjalanan kami bermula dari Paris lagi, yang terkenal naik tangga turun tangga, tukar train. Paris sangat kurang 'tangga bergerak'. Berpeloh dibuatnya.

Izyan juga kepenatan, terus tumbang kat katil di bilik Mawar. Selesa. Bagai menginap dirumah sendiri.
Keesokan hari, semuanya berwajah ceria. Almaklumlah, paginya jumpa nasi lemak setelah lima hari tak jumpa masakan Malaysia. Sempat pula anak dara ku yang dua ni berposing on the way to London City. Penginapan MHH sewanya termasuk 'Breakfast'. Pagi pertama Pn. Sitah Noor jamu kami dengan Nasi lemak, hari kedua pula Mee Hoon goreng, hari ketiga Roti Canai dan hari keempat Mee goreng dengan roti sandwich salomon.

Aizat juga tidak ketinggalan berposing dengan scene sekitar penginapan kami di MHH.
Memang seronok bercuti di London. Bagaikan di Malaysia. Setiap hari kami 'dinner' dengan masakan melayu yang di masak oleh Pn. Sitah Noor. Sedap masakannya. Beliau dan suami pernah buka restoran melayu di pinggir London. Kami memang 'request' untuk makan di penginapan MHH dengan kadar bayaran 5 pound seorang (untuk 'dinner' sahaja). Berbaloiiiiiiii... sedap dan puas makan tau. Menu hari pertama, Nasi putih, gulai ikan campur tomato, ayam goreng ala KFC, sayur goreng dan air masak atau bebas memilih untuk minuman teh panas. Hari kedua pula ialah nasi ayam. Hari ketiga Nasi putih, sup daging, ikan bakar dan air asam, sayur goreng.

Bergambar kenangan dengan Pn. Rositah Noor, tetamu yang juga menginap di penginapan MHH iaitu Edna dan Alia.
Pasangan suami isteri yang bahagia walaupun hidup di perantauan, jauh dari kampung halaman dan sanak saudara.Terima kasih wahai Rositah atas susah payah membantu kami. Walaupun kami menyewa tetapi layanan mesra, perihati dan timbangrasa tu sangat-sangatlah kami hargai. Rositah melayani kami seolah-olah sebahagian dari keluarga Rositah sendiri.

Kak Nun tak akan lupa akan kemesraan sewaktu bersama Rositah sekeluarga tempoh hari. InsyaAllah, jika diizin Allah SWT, ada rezeki dan umur yang panjang, Kak Nun akan melancung ke negara-negara lain di Europe dan akan menjadikan MHH sebagai transit. Doa Kak Nun semoga Rositah sekeluarga berjaya di rantau orang.

Sabtu, 17 Julai 2010

.......Family Holiday Part 1

Ingin aku kongsi pengalaman melancong ke Paris dan London bersama kalian. Walaubagaimana pun, penceritaan dan penulisan masih kurang memuaskan. InsyaAllah, aku akan edit sehingga bahasa dan 'typing error' dapat diperbaiki dan lebih menarik. Rancangan untuk bercuti telah kami rancang sejak Disember 2009 memandangkan anak kedua kami telah terpilih mengikuti pertukaran pelajar di sebuah universiti di Rouen, Perancis selama 6 bulan, bermula dari Januari dan berakhir pada Jun 2010. Peluang yang ada ini membuatkan kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga. Lagi pun, sudah sekian lama kami tidak melakukan aktiviti 'family holiday'. Akulah orang paling sibuk untuk percutian ini, selalu tidur lewat, kekadang pukul 4 pagi, kalau pukul 2 pagi tu memang dah menjadi kebiasaan. Nak tahu apa yang aku buat? hmm.... apalagi... urus 'web search' untuk mencari ‘budget hotel’ di sekitar Paris dan London, tempat-tempat menarik yang ingin dilawati, cari 'travel tour', cari tiket kapalterbang.(tunggu offer dari MAS dan Airasia untuk mendapatkan tiket perjalanan yang terendah)
Dalam mencari, kekadang berpinar anak mata.... harga yang ditawarkan masih tinggi.... Cari lagi, setiap malam!. Yes! MAS MHlow 'direct flight' ke Paris, murah! terus buat tempahan melalui 'on-line'. Letih menunggu tawaran paling murah untuk perjalanan pulang dari London ke KL... nampaknya aku terpaksa akur dengan tawaran dari AirAsia... dah 3 minggu tercari-cari, masih dengan harga tersebut. Kekadang aku rasa lebih baik ambil penerbangan MAS sahaja, semua kos sudah termasuk dalam harga tiket (makan, minum, berat beg, selimut, hiburan dalam pesawat). AirAsia ni, macam-macam 'charge' yang ada, bila dicampur, sama dengan harga tawaran MAS, malah lebih tinggi dari harga MAS. Seterusnya cari tiket Paris ke London. Nak juga merasai keretapi laju 'Eurostar' yang melalui terowong dasar laut..... makkkk... datukkkkk..... harga lebih kurang RM800 seorang. Tengok pula tiket kapalterbang EASYJET... juga masih tinggi. 'search' punya 'search'... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tiket paling rendah iaitu 50 Euro untuk dewasa, dan 43 Euro untuk remaja berusia 25 tahun ke bawah.Aku pun buatlah sedikit senarai kos.........

MHlow KLIA ke Paris: RM1547 seorang
AirAsia STD (London) ke LCCT: RM2630 seorang (memang mahal ler... satu kesilapan)
Eurostar Paris ke London: RM200 seorang (dewasa)
Etap Hotel di Paris: RM716/2 bilik/3 malam
Penginapan MHH: 500+++ GBP.... /2 bilik/4 malam termasuk breakfast untuk 4 hari


Aku mendapat kenalan menerusi website perantauholidays.com, kerap berhubung melalui Yahoo Messeger dan email untuk urusan penginapan dan trip semasa di Paris serta London. Pada mulanya kami bercadang untuk mengambil pakej pelancongan Paris-Brussels-Rotterdam-Amsterdam-London. Akhirnya kami terpaksa akur bahawa kami hanya mampu ke Paris dan London sahaja dengan memutuskan bergerak sendiri untuk mencari sedikit cabaran buat kami sekeluarga, terutama mengajar anak-anak berhadapan dengan 'sedikit kesusahan'. Masih tercari-cari penginapan di Paris dan London semurah yang boleh. Terus berusaha melalui 'google search', Alhamdulillah, aku bertemu dengan website Teratak Murni BnB (rasol-bnb.blogspot.com), Home BnB; Away Guest House (tinggal247.blogspot.com) serta mengirim e-mail kepada mana-mana pelancong Malaysia yang pernah ke sana yang aku jumpa menerusi website. Rasanya bukan satu perkara yang mudah. Sangat mencabar! tetapi menyeronokkan. Banyak perkara yang aku belajar dari 'pencarian' ini. Dapat kenalan baru, dapat tip-tip untuk melancong, dan macam-macam. Kekadang... dalam hati bertanya juga, betul ke orang nih, ikhlas ke orang ini membantu aku, maklum sajalah, berurusan melalui alam maya
Aku membuat tempahan penginapan di ALOHA Hostel, 1, Rue Borrom - Paris (budget hotel) manakala di London pula dengan Teratak Murni di Bedford. Aku 'review' Aloha Hostel untuk mendapat gambaran. Aduhhhh... aku menggelabah kerana ramai tetamu yang pernah menginap di hostel berkenaan menceritakan yang buruk-buruk sahaja. 'It's very terrible hostel' 'it's smell like a urine' 'so noisy' 'room very dirty' 'paper are eveywhere in the bathroom and toilet'. Begitulah ayat-ayat yang ditulis oleh tetamu berkenaan yang membuatkan aku menjadi takut! dahlah toilet berkongsi untuk setiap 'floor'..... macamana nih..... aku batalkan tempahan bilik di Aloha hostel, kemudian buat tempahan lain iaitu di Le Montclair Montrmartre Paris jenis dorm pula kali ini. Satu bilik ada bilik air, dan satu bilik lagi berkongsi bilik air di tingkat yang sama dengan tetamu yang lain. Adusss... redha ajalah nampaknya...., dan, sudahnya aku batalkan lagi tempahan ini... Termenong sejenak memikirkan apa lagi yang harus aku lakukan....Satu hari email yang aku hantar telah dibalas dari seorang yang bernama Syazwan Zanini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar pada ku. Aku bertambah yakin kerana dapat berurusan dengan seorang yang pernah tinggal di Paris dan selok belok di sana. Beliau menetap di Shah Alam dan kami bertemu untuk berbincang tentang beberapa masalah yang aku hadapi. Beliau mencadangkan Etap Hotel Paris Porte De Montreuil kepada kami. Sekali lagi aku membatalkan tempahan sebelumnya iaitu di Etap Hotel di Saint Maurice. Maka selesailah sudah tempahan bilik walaupun ada ketikanya hati aku cuak juga kerana bila aku 'review' didapati tetamu mengatakan Etap hotel kurang bagus dari segi kebersihan. Walau bagaimanapun, Syazwan banyak memberi kata semangat padaku bahawa itu tidak benar.

Walaupun menghadapi masalah dalam tempahan tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan, kerana urusan tersebut menggunakan kad kredit kerana kami tidak mempunyai kad kredit, tetapi, mujurlah Watie dari Bensholiday.com (anak sepupu kepada suamiku) banyak membantu dengan menggunakan kad kredit bapa saudara beliau dan juga kad kredit beliau sendiri. Kami bayar tunai kepada beliau termasuk bayaran 'charge' kad kredit. Sebulan setengah lagi perjalanan kami, Dr. Rasol dari Teratak Murni telah mengirim e-mail mencadangkan kami tinggal di Malaysian Home Holiday London (MHH) di Willesden Green bagi menjimatkan kos pengangkutan untuk ke London City selama 3 hari kami di sana nanti. Bedford terletak diluar kota London. Terima kasih Dr. Rasol kerana memudahkan percutian kami. Aku terus mengirim e-mail ke MHH untuk membuat tempahan. Penginapan tersebut adalah milik orang Melayu dari Malaysia yang telah tinggal di London sejak tahun 1997 lagi. Beliau sekeluarga sudah dapat PR di sana. Kami senantiasa berurusan melalui email. Sekali sekala Pn. Rositah menelefon aku untuk bertanya tentang penginapan kami dan jadual semasa di London. Aku lebih yakin kerana dapat bercakap melalui telefon yang beliau buat terus kepada ku dan sekiranya ada masalah, aku menelefon sepupu beliau yang tinggal di Gombak.
Seterusnya adalah masa untuk kami fikirkan keperluan untuk dibawa semasa percutian nanti. Kami mula membeli keperluan sedikit demi sedikit sejak bulan April lagi. Setiap hari menyemak pertukaran mata wang. Aku juga membeli bahan makanan kering seperti biskut, mee maggi, milo 3 dalam 1, kismis kotak kecil, tuna dalam tin, kaya yoe's, serunding daging.... bila dikumpul kesemua makanan tersebut rupa-rupanya penuh satu beg, bila ditimbang beratnya 5 kilo! kah kah kah. Setiap orang mesti bawa barang makanan dalam beg masing-masing, maknanya, setiap beg (5 beg besar semuanya) ada serba sedikit makanan. Botol kosong kecil pun aku bawa. Untuk apa? haaaa.... nanti nak masuk 'toilet'.... toilet mereka bukan macam toilet kat Malaysia, ada paip air. Kami gilir-gilir guna botol kosong itu nanti. Dua minggu sebelum pergi, aku dan Nurul ke Imigresen Hentian Kajang untuk memperbaharui Pasport Antarabangsa kami. Alhamdulillah, selesai tanpa sebarang masalah, walaupun ada sedikit keresahan.... aku pernah disenarai hitam kerana menjadi penjamin kepada seseorang. Akhibat dari disenarai hitam, banyak perkara tersangkut. Aku tidak dapat menjadi penjamin kepada anak-anak untuk urusan belajar ke IPT, nak beli kereta sendiri pun kerugian, dah bayar deposit RM500.00 hanya dapat balik RM400 setelah 8 bulan menunggu. Ingin aku berpesan kepada kenalan yang melayari blog aku ni, supaya sentiasa berwaspada, kalau boleh JANGAN JADI PENJAMIN tak kira siapa terutamanya orang yang paling rapat dengan kita.

Aku mengambil cuti 2 hari sebelum penerbangan. Bukan apa, untuk merehatkan badan, 'pack' barang dan persiapan terakhir untuk perjalanan kami.
Hari yang dinanti-nantikan untuk perjalanan dan percutian keluarga ini pun tiba. 31hb. Julai 2010, dengan penerbangan MAS pada pukul 11.50 malam. Kami menggunakan sebuah teksi dan sebuah kereta kawan ke Putrajaya Central untuk menaiki KLIA transit. Setibanya di Airport, tanpa buang masa, kami anak beranak 'check-in'. Selesai 'check-in' kami ke McDonald untuk menjamu selera ala kadar sementara menunggu penerbangan. Selepas 'boarding', kami ke balai menunggu. Kiri dan kananku semuanya mat dan minah saleh. Setengah jam kemudian, baru aku terpandang 2 orang melayu muslim. Ahhh... apa nak risaunya, memang dah kami nak ke Paris, mestilah suasana begini. Sampai di Paris nanti, mungkin sukar nak jumpa orang Malaysia, Melayu dan Muslim.


Dalam penerbangan yang selesa, hidangan dari Pramugari dan Pramugara MAS sangat menyelerakan (agaknya teruja sangat nak ke Paris tu.....). Lepas makan, tidur. Anak-anak ku pula ada yang menonton menerusi screen kecil yang yang tersedia dalam penerbangan ini. Berposing dengan kamera masing-masing. Sekali sekala, aku nampak mereka 'boring', sudah 8 jam terbang... 5 jam lagi baru boleh mendarat... alahaiiii... lamanya lagi... letih... sangat meletihkan. Aku terlelap dalam keletihan.
Cahaya matahari telah menerangi tingkap pesawat yang membawa kami menuju ke Paris Charles de Gaulle Airport (CDG). Bumi Paris sudah nampak dari udara. Anak-anakku mengambil peluang merakamkan scene tersebut dari udara walaupun menggunakan camera biasa sahaja. Hati aku berdebar-debar untuk menjejaki kaki di bumi yang pertama kali aku datang, dalam hati berkata-kata.... apakah Amir anakku akan datang menemuni kami di CDG airport seperti yang dijanji dan jadualkan.... macam mana suasana semasa 'check-in' di kastam mereka nanti. Dalam aku mengelamun, aku dikejutkan oleh seorang Pramugara, beliau memberikan beberapa bungkus kacang, katanya untuk kami sekeluarga dan boleh buat alas perut semasa di hotel sementara mencari kedai makan yang sesuai dan halal.

Alhamdulillah... Pesawat MAS yang kami naiki selamat mendarat di lapangan terbang CDG. Anak-anak ku sibuk merakamkan gambar-gambar sekitar lapangan terbang sebagai kenangan buat kami. Melepasi kaunter 'check-in' tidak terlalu menyusahkan. Rasanya sangat mudah. Pegawai Kastam di kauanter tersebut hanya bertanya tujuan datang ke Perancis, berapa hari dan tiket penerbangan pulang sudah beli atau belum.

7.37 pagi (waktu Perancis) kami selesai mengambil
luggages dan berada di Lobi CDG pintu 4 menunggu Amir. Hampir pukul 12 baru Amir sampai. Aku faham keadaan Amir, beliau dari Rouen dengan express train pukul 8.30 pagi. Terasa sangat terharu dan gembira bertemu Amir setelah enam bulan berpisah. Kami terkejut juga melihat perubahan Amir... nampak susut... dan gelap!. Alasan Amir kerana cuaca yang terlalu panas.


Akan ku sambung penulisan ini di tajuk yang lain pula.... Tajuk percutian kami di Paris dan London. Tungguuuuuuuuuuuuuu...................