Khamis, 13 Ogos 2009

Kembara ilmu yang tiada penghujung

Tahniah Nurul. 11 Ogos 2009 (Selasa), Majlis konvokesyen Nurul. Berjaya menamatkan pengajian Master Sains. Walaupun hujan turun dengan lebat sekitar pukul 4 petang, namun kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah ahli keluarga kerana meraikan kejayaan para graduan yang merupakan anak, atau isteri, atau adik beradik ataupun cucu. Masing-masing dengan jambangan bunga di pelukan. Beraneka warna bunga, rose adalah pilihan ramai!. Aku memilih rose kuning air, lambang ikatan kasih seorang ibu pada anak yang tulus dan abadi. Wishing you all the best on your Ph.D my sweet girl.



Tahniah to you Amir. Ahad 16 Ogos 2009 adalah Majlis konvokesyen Amir. Rasanya, aku adalah salah seorang ibu dalam sejuta ibu-ibu di dunia ini yang bertuah. Minggu ini saja, 3 majlis konvokesyen aku hadiri, demi meraikan kejayaan anak-anakku. Tiada kata yang dapat ku paparkan di sini, hanya bersyukur pada Yang Maha Esa di atas limpah kurnia rezki dari Nya. Gambar-gambar memaparkan kegembiraan para graduan yang telah berjaya mendapat Ijazah dalam jurusan masing-masing setelah mengharungi suka duka dan susah payah demi masa depan..... Wishing you all the best on your Master my dear.



Majlis konvokesyen Izyan. Berkat ketabahan, kesabaran serta doa dari semua, 15 Ogos 2009 (Sabtu) memahat sejarah untuk Izyan dan graduan lain meraikan kejayaan mereka. Wajah-wajah 'Satu Malaysia' menceritakan kegembiraan dan permulaan sebuah kehidupan... Tahniah Izyan! Tak bercita-cita nak sambung Master ker....
Finally... 'Aizat can do it...' Alhamdulillah, syukur atas kurnia NYA pada hamba hamba MU.




1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...berkat kesabaran dan ketabahan mak lang terutamanya membesarkan dan mendidik anak2, akhirnya membuahkan hasil. nina baca pun tumpang seronok dan puas hati. mudah mudahan anak2 nina pun mcm anak2 mak lang..bagi tips skit mcamana nak didik anak2 berjaya dan punya akhlak yg baik. Tahniah buat Nurul, Amir dan izyan. Aizat sudah tentu ikut jejak abg dan kakak2nya.

    BalasPadam