Hari terus berlalu tanpa 'berhenti' untuk menahan perjalanan kita semua walau pun sedetik cuma. Hmmmmm dah masuk setengah tahun. Rejab pun tiba.... Syaaban akan menyusul.... Ramadhan sudah mengamit kita.... mudah-mudahan kita semua akan bertemu Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini adalah terbaik dari tahun-tahun yang berlalu.
MasyaAllah.... cepat sungguh masa berlalu. Terasa hujung tahun sudah menghampiri kita. hmmmmm... dan aku... aku membilang hari... isyyyy... lambat lagi..... aku membilang bulan.... aduuuuiiiii.... lambat juga... dan aku membilang tahun... dua tahun setengah lagi... aku akan jadi YB.... apa itu YB?.... ha ha ha ha... jangan keliru tuan tuan dan nyonya nyonya... YB tu adalah YANG BERSARA.... yesssss... tak lama lagi aku jadi 'pesara'.
Waktu tu.... aktiviti apa yang aku nak buat. hmmmm sebahagiannya, dah ada dalam kepala, simpan dulu lah, kalau di paparkan kat sini, nanti macam menunjuk pulak... biarlah aku simpan dulu rancangan dan jadual hidup masa jadi pesara nanti.
Semoga aku dipanjangkan umur oleh NYA. Dapat tengok anak menantu.... dapat tengok cucu dan cicit (berangan tuuuuu....)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan